Set ini sesuai untuk ibu yang tidak suka mkn jamu....dan risau baby cirit birit, tidak sesuai dan sebagainya.
Set ini mengandungi :-
ESP - Soy Protein Isolate Powder
Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP
menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan
semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein
termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada
sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas
laktosa dan kolesterol.
Shaklee ESP:
• Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan
rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
• Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
• Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada
keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian
menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal
kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
• Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu
Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),
di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari
proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.
Vita-Lea® Iron Formula
Multi vitamin & Multi mineral
Multi yang Hebat
Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik
Shaklee yang mampu dibeli. Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi
keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang
dewasa.
Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:
• Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.*
• Mengandungi beta karotena yang membantu dalam
mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan
tisu.
• Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D
untuk kesihatan tulang dan gigi.
• Biotin dan asid pantotenik membantu untuk
memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
• Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah
merah.*
Sustained Release Vita-CTM 500 mg
Sumber Vitamin C Semulajadi yang Disalurkan Jam demi Jam
Tubuh kita sering kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti
harian. Vita C dengan pelepasan berperingkat dapat membantu dalam
menyalurkan vitamin C berterusan. Vita-C 500mg yang semulajadi ini
membantu menyediakan vitamin C yang diperlukan tubuh. Ia juga membantu
dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan
kesihatan tubuh badan.*
B-Complex
Vitamin B Penting untuk Kesihatan yang baik
Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat
pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh
meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu,
vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.
B yang Lengkap dan Seimbang
B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
• B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan
menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada
tenaga.*
• Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel
darah merah di dalam tubuh. Jumlah asid folik yang
mencukupi dalam diet harian membantu mencegah
kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang
kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu
tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.*
Alfalfa Complex
Sumber Zat Makanan Semulajadi & Klorofil
Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya
yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat
dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementeara daunnya
mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.
Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus
dan zat besi
Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s.
• Sumber semulajadi alfalfa.
• Pil juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air
sebagai minuman herba semulajadi.
OsteMatrix™
Tulang
merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia. Ia merupakan
kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru,
jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot
dan tubuh secara bebas. Mengekalkan kesihatan tulang secara optima
adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh.
Lebih daripada Sekadar Kalsium
OsteMatrix
TM
membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu
dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi
magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk
membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz
kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.